NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dana judi: PAS tuntut PM Anwar kemuka bukti


KUALA LUMPUR:
PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada syarikat perjudian dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menegaskan PN sedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya Perdana Menteri gagal mengemukakan bukti terhadap tuduhan berkenaan.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak berasas serta menganggapnya sebagai tuduhan liar semata-mata.

"PAS amat kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membayangkan kononnya dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

"Tuduhan itu langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar berkenaan jika ada.

"Sekiranya gagal, PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan Anwar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

"Sama ada anda menggelar parti anda sebagai parti Melayu atau parti Islam, dana itu datangnya daripada syarikat perjudian," katanya, yang memaklumkan akan menyemak perkara berkenaan.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo