NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Jangkitan turun 480 kes, 4 kematian

PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 480 kes baharu dilaporkan sementara empat kematian direkodkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 5,023,999 kes dan 36,835 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 13,818 kes aktif Covid-19, termasuk 45 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 885 pesakit menerima rawatan di hospital bagaimanapun tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sementara 12,888 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 655 pesakit dilaporkan sembuh.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo