NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon BN Parlimen Padang Serai risau ramai keliru keputusan BN beri laluan kepada calon PH

Calon BN Parlimen Padang Serai C Sivarraajh memaklumkan masih ramai pengundi di kawasan itu yang keliru berhubung keputusan BN memberi laluan kepada calon PH pada PRU15, Rabu ini.

Sivarraajh berkata ramai pengundi khususnya penyokong BN, masih hendak mengundinya pada pilihan raya itu, walaupun keputusan memberi laluan kepada calon PH diumumkan pada Jumaat lepas.

“Justeru, saya rayu mereka undi calon PH walaupun nama saya akan berada dalam kertas undi, tapi disebabkan persefahaman yang ada dengan mereka dan seperti diminta Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

“Maka wajar pengundi yang sokong BN atau saya mengundi calon PH. Ia lebih baik dibiarkan pertembungan satu lawan satu (dengan calon PN), baru kita ada peluang menang,” katanya pada sidang media di Kulim, semalam.

Jumaat lepas, Pengerusi BN Kedah Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa BN memberi laluan dan menyokong calon PH Dr Mohamad Sofee Razak untuk PRU15 Parlimen Padang Serai, 7 Dis ini.

Menurut Sivarraajh, jentera BN kini sedang berusaha sedaya upaya turun ke setiap kawasan dan memberi penjelasan kepada penyokong BN berhubung keputusan yang harus mereka lakukan pada hari pengundian nanti dengan mengundi calon PH.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail bahawa dia akan dipertimbangkan untuk diberi peranan sesuai dalam kerajaan, Sivarraajh berkata dia berterima kasih dengan cadangan tersebut.

“Saya tidak meminta atau ditawarkan (sebelum bersetuju memberi laluan). Saya tidak meletakkan apa-apa syarat, malah pada awal lagi saya kata tak adil untuk saya memberi laluan kepada calon PH, kerana saya sudah berkhidmat lebih lama berbanding dia di Padang Serai.

“Saya ambil masa seharian untuk membuat keputusan dan selepas itu saya putuskan perlu memberi laluan kerana kalau undi kita pecah, risiko kerusi dimenangi PN dan saya juga perlu terima hakikat sebab BN juga yang berikan watikah untuk saya bertanding,” katanya.

-Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo