NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'𝗟ame Duck' PM buat kencing baharu pasal duit judi



Sebelum tidur saya 10 minit tadi saya terima masej daripada kawan PH (Pakatan Hancing), dia ni geng AMANAH.. kira-kira orang IKRAMlah.

Masej apa macam dapat duit judi?

Sebenarnya saya dah nak tidur. Tapi kerana pemikiran bangang puak-puak PH perlu di benteras saya gagahi bukak laptop.

Sebenarnya kesian walaupun balik 'oversea' budak-budak PH tidak ada akal untuk berfikir secara rasional. Entah apa Anwar dah kencing boleh percaya terus masuk dalam otak.


Semasa PRU14 dulu Anwar dan Rafizi jaja kononnya UMNO beri RM90 juta kepada PAS. Orang percaya semuanya sebab masa tu orang tak tahu mereka ni kaki kencing.

Logik UMNO bagi RM90 juta supaya PAS bertanding lawan UMNO sehingga PAS boleh tawan Terengganu?

PRU15 Anwar kata sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, dia berkata dana pilihan raya untuk parti "Melayu" dan parti "Islam" datang dari syarikat perjudian.

"Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

"Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi," katanya.

Anwar selamba aje kencing pemberita, rakyat kononnya syarikat judi bagi duit supaya PN memang lagi negeri baharu selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah dah hapus lesen judi.

Kenapa Allah bagi PM yang bangang sepatutnya berfikir tentang masalah rakyat tetapi masih lagi bermain politik selepas PRU15? Kenapa masih ada penyokong PH bangang tak boleh berfikir secara rasional.

Sorry Mat aku malas nak balas masej engkau.
Engkau baca di sini.
Kasar sikit malam ini.

NASIR RAMLEE








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo