NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid tetapkan syarat tandatangan SD kepada calon Umno


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Zahidi Zainul Abidin mengesahkan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu menandatangani satu akuan berkanun (SD), ketika beberapa nama besar dijangka tidak dicalonkan kerana tidak sehaluan dengan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi. 

"Ya betul, kena tandatangan SD. Saya tak tahu SD itu mengenai apa. Kemungkinan menyokong Zahid Hamidi menjadi perdana menteri.

"Atau mungkin SD itu mahu mereka mengikut dan taat apa sahaja arahan beliau," katanya kepada MalaysiaNow. 

Zahidi turut mengesahkan beliau tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur malam ini. 

Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar yang juga timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu antara nama yang tidak akan dicalonkan pada PRU15 kali ini. 

Nama lain termasuklah Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Adham Baba. 

Zahid dikatakan akan memancung nama-nama pimpinan Umno yang tidak sehaluan dengannya dalam usaha memperkukuhkan kedudukan dalam parti. 

Tindakan itu dilihat bagi menghapuskan pengaruh “kluster menteri” yang berpihak kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Shahidan menutup bilik gerakan BN Arau selepas khabar angin tidak dicalonkan bertiup kencang. 

Annuar pula memberi bayangan bertanding atas tiket parti lain untuk mempertahankan Ketereh. 

Ismail, yang didesak mengadakan PRU15 pada tahun ini, mungkin menjadi perdana menteri paling singkat dalam sejarah sekiranya tidak menyambung penggalnya selepas ini.

Seorang ketua Umno Bahagian di Selangor mengesahkan calon-calon BN perlu menandatangani SD yang disediakan Zahid.

“Betul. Kena ‘cium kaki’ Zahid sekali, baru boleh jadi calon,” katanya sinis kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan pergesaran berlaku antara kluster menteri yang diketuai Ismail dengan kluster mahkamah yang diketuai Zahid.

.....
https://www.malaysianow.com



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo