NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

YDP Majlis Agama Islam Perak dikecam malukan Islam, memfitnah


Kerosakan telah dilakukan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini terhadap kredibiliti, maruah dan imej PAS serta Bersatu, apabila memfitnah kedua-dua parti komponen Perikatan Nasional itu berebut jawatan Menteri Besar Perak.

“Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh… letak jawatan sahaja lah… buat malu Islam sahaja.”

Demikian antara ulasan umat Islam setelah terbongkar Annuar melakukan fitnah besar sebelum pembentukan kerajaan Perak DAP-UMNO, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu (15 November 2022).

Mengulas perkara sama Ketua Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar bagaimanapun mengingatkan jangan kerana tindakan Mohd Annuar itu menyebabkan imej istana tercemar sehingga kemuliaan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini tercalar.

Sehubungan itu beliau berpendapat adalah wajar Mohd Annuar meletak jawatan bagi mengelak persepsi negatif sedangkan institusi istana adalah lambang penyatuan ummah.

“Fitnah yang berlegar menjatuhkan kredibiliti. Memang wajar Tan Sri Annuar Zaini memohon maaf. Jangan kerana tindakan tersebut menyebabkan tercalar imej Istana dan menyebabkan tercalar kemuliaan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

“Ikutkan pandangan saya sewajar Tan Sri Annuar Zaini meletakan jawatan untuk mengelakkan persepsi rakyat seolah-olah tidak neutral. Sedangkan Institusi Istana adalah penyatu ummah.

“Tinggi harapan saya agar mereka yang berkhidmat di bawah Tuanku Sultan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan telus. Tindakan menyebarkan berita tidak tepat akan menimbulkan kekeruhan yang merosakan perjalanan pentadbiran.,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, beberapa pihak lain terutama umat Islam mengecam Mohd Annuar kerana memfitnah PAS yang dipimpin kebanyakannya ulama terkenal sehingga mencalarkan imej Islam.

Mereka turut mendesak Mohd Annuar bertanggungjawab terhadap fintah itu dan meletak jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, sedangkan dia sepatutnya berkecuali dalam politik kepartian.

“Orang agama sepatutnya kena tunjuk contoh yang baik.. bukannya nak berpolitik masa kerja.. Inilah akibatnya.. damage has been done. Lepas itu senang saja minta maaf. Khadam dan bingai yang percaya dengan fitnah tanpa selidik ni macam mana pula?,” soal mereka.

Semalam, Mohd Annuar yang juga Ahli Dewan Negara Perak memohon maaf kepada Bersatu berhubung dakwaannya bahawa parti itu berebut jawatan Menteri Besar (MB) dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Menurut BH, beliau mengakui menulis perkara tidak sahih dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu yang kemudian ditularkan.

“Kpd (Kepada) Dato Zainol Fadzil saya sangat mohon maaf kerana memasukkan elemen tidak sahih yang disampaikan kpd saya. Saya mohon maaf di atas kesilapan fakta tersebut,” kata beliau dalam mesej menerusi WhatsApp kepada Berita Harian malam semalam (22 November 2022).

Menerusi mesej WhatsApp yang tular, Mohd Annuar berkata PN di Perak berebut sesama sendiri jawatan MB sedangkan Sultan Nazrin mahukan kerajaan Perak ditubuhkan segera bagi menyelesaikan pembentangan bajet negeri sebelum musim banjir.

Dalam mesej itu Annuar berkata Pakatan Harapan (PH) membuat pengorbanan besar menerima syarat Barisan Nasional (BN) bagi jawatan MB, perlantikan tiga Exco Perak dari BN, Speaker DUN serta menggugurkan tuntutan hak milik tanah 999 tahun.

......
https://wak-labu.blogspot.com





Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo