NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan letak 26 calon di Semenanjung, termasuk Ong Tee Keat, bekas presiden MCA

AMPANG: Warisan akan bertanding 26 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), termasuk meletakkan bekas presiden MCA Ong Tee Keat di Pandan.

Selepas lima tahun menyepi daripada politik, Ong secara rasmi menjadi ahli Warisan hari ini.

Pada sidang media, bekas menteri pengangkutan itu berkata beliau memutuskan kembali ke arena politik susulan kemelut politik dalam negara dan selepas didesak Presiden Warisan Shafie Apdal.

Shafie turut mengumumkan bekas ahli DAP dan PKR Wee Choo Keong akan bertanding di kerusi Wangsa Maju.

Wee adalah Ahli Parlimen Bukit Bintang untuk DAP dari 1990 hingga 2004, dan Ahli Parlimen Wangsa Maju PKR dari 2008 hingga 2013.

Shafie berkata Warisan masih belum memutuskan calonnya di kerusi Parlimen Arau, manakala parti itu masih boleh bertanding untuk lebih banyak kawasan di Semenanjung.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya secara ringkas.

Senarai penuh calon Warisan di Semenanjung adalah:

  1. Perlis P01 Padang Besar – Ko Chu Liang
  2. Perlis P02 Kangar – Rohimi Shapiee
  3. Perlis P03 Arau – Calon akan diumumkan
  4. Kedah P08 Pokok Sena – Noraini Salleh
  5. Kedah P09 Alor Setar – Fadzil Hanafi
  6. Kedah P10 Kuala Kedah – Syed Araniri Syed Ahmad
  7. Kedah P14 Merbok – Khairul Anuar Ahmad
  8. Kedah P17 Padang Serai – Bakhri Hashim
  9. Penang P42 Tasek Gelugor – Akmal Azhar
  10. Penang P46 Batu Kawan – Ong Chin Wen
  11. Penang P50 Jelutong – Lim Huat Poh
  12. Penang P52 Bayan Baru – Ooi Chuan Aun
  13. Perak P71 Gopeng – G Balachandran
  14. Perak P72 Tapah – Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin
  15. Perak P74 Lumut – Isnin Ismail @ Ibrahim Khan
  16. Kelantan P19 Tumpat – Khairul Azuan Kamarrudin
  17. Selangor P99 Ampang – Lai Wai Chong
  18. Selangor P100 Pandan – Ong Tee Keat
  19. Selangor P101 Hulu Langat – Abdul Rahman Jaafar
  20. Selangor P110 Klang – Loo Cheng Wee
  21. Kuala Lumpur P114 Kepong – Young Shang Yi
  22. Kuala Lumpur P115 Batu – Naganathan Pillai
  23. Kuala Lumpur P116 Wangsa Maju – Wee Choo Keong
  24. Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Azman Idris
  25. Johor P141 Sekijang – Zohar Ahmad
  26. Akan diumumkan




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo