NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan gagal lebar sayap ke Semenanjung



PETALING JAYA
: Warisan gagal dalam cubaan melebarkan sayap dengan bertanding di 25 kerusi Semenanjung selepas calonnya tidak memenangi mana-mana kerusi itu, setakat jam 2 pagi tadi.

Calonnya di Pandan, Ong Tee Keat kepada calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang menang kerusi itu dengan majoriti 48,296 undi.

Manakala Bryan Lai Wai Chong juga gagal dalam pertembungan sembilan penjuru di Ampang yang menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Rodziah Ismail menang di kerusi itu dengan majoriti selesa iaitu 29,681 undi, menurut Bernama.

Parti itu juga terpaksa akur dengan kekalahan mereka di Tasek Gelugor, Batu Kawan dan Jelutong di Pulau Pinang.

Dua kerusi yang dimenangi Warisan di Sabah ialah Lahad Datu, apabila Mohammad Yusof Apdal menang dengan majoriti 6,401 undi dan Kota Belud menerusi Isnaraissah Munirah Majilis dengan majoriti 4,582 undi.

Turut menyumbang kerusi kepada kemenangan Warisan di Sabah ialah presiden parti Mohd Shafie Apdal yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Semporna.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo