NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita Vietnam didakwa bunuh kekasih

Tertuduh memakai baju kemeja berwarna kuning diringi anggota polis.
Tertuduh memakai baju kemeja berwarna kuning diringi anggota polis.

SEREMBAN - Seorang wanita warga Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh kekasihnya yang merupakan seorang lelaki tempatan di sebuah apartment di Taman Bukit Delima di sini minggu lepas.

Tertuduh, La Anh Thu, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyebabkan kematian ke atas, Lim Swee Shyong, 50, di Blok A Casa Prima, Jalan Bukit Delima 2, Taman Bukit Delima lebih kurang jam 9 hingga 9.45 malam pada 21 November lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum mati.

Tertuduh sebelum itu tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dengan memakai baju kameja berwarna kuning kelihatan tenang.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur'Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Syafiq Steward Abdullah, Mohd Khairullizan Kamisan dan Datuk Haniff Hasan.

Pihak pendakwaan memohon satu tarikh untuk mendapatkan laporan forensik, kimia dan perubatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan kes disebut semula 26 Januari 2023 untuk serahan dokumen.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo