NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita dalam idah harus, dibolehkan keluar mengundi

Gambar Hiasan

Ipoh: Wanita dalam tempoh idah kerana kematian suami harus dan dibolehkan keluar megundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan beberapa syarat parameter yang harus dipatuhi.

Mufti Perak Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, ia berdasarkan kepada kaedah fiqh yang menyebutkan 'suatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya maka ia juga wajib' dan proses mengundi sempena PRU-15 juga dianggap sebagai suatu kewajipan yang perlu dilakukan sendiri tanpa boleh diwakili oleh pihak lain. 

"Di samping itu ia termasuk dalam kategori wajib mudayyaq iaitu kewajipan yang mesti dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan oleh kerana tempoh mengundi adalah terhad dengan tempoh masa yang ditentukan dan tidak boleh ditangguhkan pada masa lain.

"Maka Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) berpandangan harus hukumnya bagi wanita yang dalam idah keluar mengundi dengan mematuhi beberapa dhowabit (parameter)," katanya menerusi Irsyad (panduan) Hukum Bil 32 JPNPk bertarikh semalam yang disiarkan di Facebook JMNPk, di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara parameter yang harus dipatuhi bagi wanita dalam idah yang keluar mengundi adalah menjaga penampilan dan adab dalam berkabung; menjauhkan perkara yang mengundang fitnah; mengelakkan berhias dengan memakai gelang atau rantai; tidak memakai wangian dan menghias wajah secara berlebihan.

Selain itu, wanita berkenaan dikehendaki keluar rumah untuk menyelesaikan segala keperluan urusannya itu (mengundi) pada kadar segera di siang hari dan tidak sengaja melewat-lewatkannya manakala pada sebelah malam hendaklah berada dan bermalam di rumahnya.


Sumber I Harian Metro





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo