NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Walaupun kena cantas, Saya kekal dengan UMNO – Tajuddin


KUALA LUMPUR –
Selepas beberapa nama besar dalam UMNO yang tidak disenaraikan untuk mempertahan kerusi Parlimen yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berazam untuk bertanding pada PRU15, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula mengambil pendirian berbeza.

Tajuddin yang merupakan antara 10 pemimpin UMNO yang tidak dicalonkan semula berkata, beliau tetap setia dengan UMNO.

“Esok masih ada, saya kekal setia bersama UMNO,” katanya di Instagram beliau, hari ini.

Sebelum ini, penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak tersenarai menyatakan akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau dengan menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut menyatakan hasrat untuk bertanding, namun beliau belum dapat memastikan bertanding atas tiket gabungan parti mana memandangkan perbincangan mengenai perkara tersebut masih berjalan.

Turut digugurkan ialah Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara), Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), dan Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol). – MalaysiaGazette



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo