NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuan Ibrahim jumpa BN Pahang untuk bentuk kerajaan

Calon menteri besar Pahang untuk PN Tuan Ibrahim Tuan Man sudah bertemu Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan calon menteri besarnya Tuan Ibrahim Tuan Man sudah bertemu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Wan Rosdy Wan Ismail untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi PN negeri Saifuddin Abdullah berkata Tuan Ibrahim juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Wan Rosdy hari ini.

“Hari ini akan diadakan perbincangan selanjutnya,” kata Saifuddin dalam kenyataannya.

Kerajaan negeri Pahang masih belum dapat dibentuk selepas PN menguasai 17 dari 41 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU15, mengatasi BN dengan 16 kerusi dan PH yang kuasai lapan kerusi.

Jumlah itu tidak mencukupi untuk memberi majoriti mudah bagi PN membentuk kerajaan negeri.

PH Pahang semalam menyatakan kesediaan untuk membentuk kerajaan dengan BN di negeri itu.

Di Perak yang mengalami situasi sama, kerajaan negeri terbentuk dengan kerjasama antara PH dan BN dan pelantikan semula menteri besar daripada Umno, Saarani Mohamad.

Kejayaan itu turut memberi bayangan kepada bentuk kerajaan peringkat persekutuan sewaktu tempoh rundingan semakin singkat.

Istana Negara semalam melanjutkan tempoh sehingga jam 2 petang hari ini bagi semua blok utama – PH, PN, BN, GPS dan GRS memutuskan bentuk kerjasama bagi membentuk kerajaan.

PH di hadapan dengan 82 kerusi diikuti PN (73), BN (30), GPS (22) dan GRS (6). – 22 November, 2022.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo