NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tok Mat cadang PN, PH gabung tubuh kerajaan


PETALING JAYA:
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan mencadangkan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, BN sedia menjadi pembangkang untuk semak dan imbang kerajaan baharu.

“Kami BN menerima keputusan rakyat menolak BN. Maka, kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan undi lebih tinggi,” katanya di Facebook.

Keputusan pilihan raya umum ke-15 menyaksikan tiada gabungan yang memiliki majoriti mudah.

PH bersama Muda memenangi kerusi terbanyak dengan 82 kerusi Parlimen, diikuti PN (73), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (1) dan dua calon bebas.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo