NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tian Chua akan dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas - Anwar


TAMBUN
: Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ahli parti yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat secara automatik.

Anwar yang juga calon PH Parlimen Tambun kecewa dengan tindakan bekas Naib Presidennya, Tian Chua yang juga antara reformis parti itu, memilih untuk bertanding atas tiket bebas di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar berkata sepatutnya Chua sebagai seorang reformis tidak wajar memilih haluan itu dengan membelakangi keputusan parti.

"Jika ada ahli parti yang bertanding sebagai calon bebas, mereka dipecat secara automatik," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo