NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada tepukan untuk Hael Husaini di konsert, kehadiran mula tak dipeduli


Tiada tepukan untuk Hael Husaini di konsert, kehadiran mula tak dipeduli. DIVA antara yang hadir menyaksikan konsert penyanyi terkenal Indonesia, Rossa 25th Shining Year di Plenary Hall KLCC Convention Centre baru-baru ini.

Dalam konsert itu, penyanyi Hael Husaini menjadi antara penyanyi undangan yang membuat persembahan, selain Judika.

Tapi Diva rasa kasihan pada Hael. Ketika penyanyi berwajah ‘oppa’ itu muncul di atas pentas, suasana yang mulanya gamat dan meriah tiba-tiba bertukar suram. Langsung tak ada orang tepuk tangan.

Jauh sekali pekikan daripada penonton yang teruja melihat kemunculannya dalam konsert tersebut. Kalau ada pun, mungkin seorang dua sahaja yang bertepuk tangan ketika Hael menyanyi.

Yang ketara, ramai seakan-akan tidak suka melihat penampilan Hael dalam acara tersebut sehinggakan Diva sendiri nampak ada dalam kalangan penonton ‘buat muka’ seperti tidak senang melihat Hael.

Berbeza ketika penyanyi Judika membuat persembahan. Boleh dikatakan dewan seperti mahu runtuh dengan laungan penonton yang menjerit-jerit memanggil namanya.

Diva cuba fikir positif, mungkin penonton yang hadir malam itu bukanlah terdiri daripada peminat Hael Husaini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo