NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada arahan beri laluan kepada PH, kata calon BN Padang Serai


PETALING JAYA:
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Serai, C Sivaraj berkata, tiada arahan daripada kepimpinan tertinggi parti untuk memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya 7 Dis ini.

“Saya belum dihubungi kepimpinan berkenaan apa-apa keputusan setakat ini dan saya akan meneruskan kempen seperti biasa dengan lebih agresif, jadi setakat ini tidak ada apa-apa yang diputuskan oleh kepimpinan dan dimaklumkan kepada saya.

“Jadi, saya akan teruskan kempen sehinggalah ada keputusan dan saya akan bincang dengan kepimpinan.

“Tapi, sepatutnya PH yang beri laluan kepada kita sebab saya sudah tiga tahun bekerja di sini dan mengenali kebanyakan pengundi di sini,” katanya dipetik Bernama ketika ditemui berkempen di Kulim.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Amirudin Shari hari ini berkata, BN memberi bayangan untuk calon PH bertanding di Padang Serai.

Tetapi katanya, Sivaraj masih berkeras mahu bertanding di kerusi itu, dengan beberapa pemimpin Umno yang cuba menentang Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berkempen untuk calon berkenaan.

Semalam, Setiausaha Agung Amanah, Hatta Ramli berkata, PH akan memberi laluan kepada BN di DUN Tioman sebagai tanda kesepakatan dan memperkukuhkan kerajaan perpaduan di peringkat Pahang serta persekutuan.

Susulan itu, calon PH Parlimen Padang Serai, Sofee Razak meminta BN memberi laluan kepadanya, sejajar keputusan gabungan itu memberi laluan kepada calon BN di Tioman.

Sementara itu, Sofee berkata, PH perlu bekerja keras untuk mempertahankan Parlimen Padang Serai, sekiranya BN enggan berkompromi memberi laluan kepada PH pada 7 Dis ini.

“Satu tugas besar kepada saya untuk memastikan PH menang di sini dan teruskan kecemerlangan ditinggalkan mendiang M Karupaiya (bekas Ahli Parlimen Padang Serai).

“Seperti di Tioman, PH kompromi kepada BN, cuma kita harap perkara itu boleh berlaku juga di Padang Serai, iaitu untuk BN beri laluan kepada PH pula.”

Bagaimanapun, beliau tidak berbincang dengan Sivaraj berhubung perkara itu kerana merasakan ia tanggungjawab pimpinan tertinggi kedua-dua parti.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo