NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tawfik lengkapkan saingan 4 penjuru di Bagan Datuk


BAGAN DATUK
- Kerusi Parlimen Bagan Datuk dijangka hangat dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila kesemua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini.

Selain penyandang BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut berbuat demikian calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Perikatan Nasional (PN), Dr Nik Muhammad Faiz Na'aman.

Seperti diuar-uarkan sebelum ini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Benut turut bertanding atas tiket Bebas.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bagan Datuk P075, Ahmad Ghopran Yeop Hamzah.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo