NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Superman Hew' rayu sokong PH, kutuk 'Melayu berbalut kepala' dalam ucapan berbaur perkauman


Sebuah video yang merakamkan seorang aktivis Pakatan Harapan (PH) menggesa masyarakat Cina supaya mempergunakan situasi perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu bagi membolehkan "tumbukan maut” dilancarkan pada pilihan raya umum tular dalam aplikasi media sosial, hanya beberapa jam sebelum kempen berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Dalam video itu, penceramah kontroversi dari DAP, Hew Kuan Yew dilihat memberitahu hadirin dalam ceramah kempennya bahawa perpecahan Melayu sepatutnya disambut baik oleh masyarakat Cina.

"Sekarang biarkan Melayu yang nak ketuanan Melayu, Melayu yang balut kepala yang nak ketuanan Islam, maksudnya PAS yang jah**** itu," kata Hew dalam bahasa Kantonis.

“Sekarang biarkan mereka yang ketuanan Melayu dan mereka beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah.

“Apabila mereka bersatu, kami Cina tak dapat hidup. Bila mereka berpecah belah, itulah masa kita tumbuk mereka sampai mam***.”

Video berdurasi satu minit itu turut disertakan dengan sari kata dalam bahasa Melayu.

Hew, yang lebih dikenali sebagai "Superman Hew" mengesahkan memberikan kenyataan tersebut, namun mendakwa sarikata bahasa Melayu dalam video itu tidak menggambarkan secara tepat mengenai isu yang sedang beliau bangkitkan.

Dalam sebuah hantaran Facebook, beliau turut menuduh MCA telah menyunting rakaman ceramahnya dan menambah sarikata untuk digunakan oleh Umno, supaya ia boleh disebarkan kepada masyarakat Melayu.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Hew berkata beliau menentang mana-mana parti politik “bersayap kanan" dan "perkauman" yang menggunakan agama bagi meraih undi.

“Masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang bangsa harus memberi sokongan padu kepada PH demi membentuk sebuah kerajaan baru yang bersih, sederhana, dengan minda reformasi tulen, menghormati hak berbilang kaum, khususnya dari segi sosial budaya,” katanya. 

Hew berkata beliau akan terus berkempen untuk PH, menyifatkan gabungan itu sebagai "progresif dan inklusif".

“Saya sentiasa bersedia membantu sesiapa yang anti-BN dan PN yang munafik, inilah prinsip dan kriteria saya ketika meneliti undangan untuk berceramah,” katanya.

'Tengok tumbukan saya'

Dalam video tular itu, Hew turut menggesa sokongan diberikan kepada parti-parti komponen yang membentuk PH iaitu PKR, DAP, Amanah, Upko dan Muda.

“Politik Melayu, politik kaum dan politik agama, biar mereka tikam sesama sendiri.

“Sekarang mereka berpecah belah, kita kena bersatu.,” katanya.

Sambil mengacungkan penumbuknya, Hew kemudiannya menggayakan cara beliau melancarkan pukulan maut.

“Tengok buku lima saya... (ditapis)”

Hew sebuah “upacara pengebumian” sedang disiapkan pada Isnin untuk mereka yang berpakaian biru, dipercayai merujuk Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, dua gabungan diterajui parti Melayu yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Alangkah baik mengadakan upacara pengebumian pada hari Sabtu juga," tambahnya.

Ini bukan kali pertama Hew mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Pada 2016, beliau turut dirakam dalam sebuah video  menggesa rakyat Sarawak untuk “menggunakan Melayu untuk ‘skru’ Melayu" semasa kempen pilihan raya di negeri itu. 

Beliau kemudiannya meletak jawatan daripada DAP pada tahun yang sama, namun masih terus mempromosikan parti tersebut.

Selepas PH berkuasa, Hew dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC).

Beliau kemudiannya sekali lagi mengundang kontroversi berhubung penerbitan buku komik yang diharamkan kerana mempunyai propaganda komunis.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo