NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Strategi DAP dalam Menawan Malaysia


1- PH terburu-buru mahu tandatangani perjanjian ICERD untuk mengekalkan kuasa jangka panjang di Malaysia. Kerana mereka yakin 'rakyat' telah menyokong kuat perjuangan demokratik & liberalisasi sosial.

Rancangan DAP yang dibantu PKR (kerana membantu politik anwar ibrahim) adalah :

Ketuanan Rakyat (PKR) > ICERD > Malaysian Malaysia (DAP)

PH tidak mahu umno + pas menggunakan politik orang melayu seperti 'ketuanan melayu' untuk mempengaruhi majoriti kaum iaitu melayu, seperti kejayaan dasar politik 60tahun kerajaan terdahulu.

Jika ICERD dilaksanakan, politik berunsur kaum majoriti (melayu) tidak dapat dilaksanakan oleh mana-mana pihak khususnya pembangkang. Sehingga 10 hingga 30 tahun akan datang, PH mampu menguasai politik semua kaum tanpa perlu 'risau' pada politik melayu kerana politik kaum melayu telah dihakis dari jiwa melayu. Kerana selepas ICERD dilaksana, melayu tidak boleh mempolitikkan 'ketuanan melayu' atau apa-apa politik yang menyebut kelebihan² atau sesuatu yang mesti dipertahankan oleh orang melayu kerana ia dianggap 'DISKRIMINASI' kepada kaum lain dan bercanggah dengan perjanjian ICERD.

PH perlu memastikan 'secure' politik utk jangka masa panjang dan 'politik melayu' adalah musuh nombor satu PH.

PH dapat sokongan orang melayu kerana 'Korupsi Najib'. Bukan kerana 'hebatnya kepimpinan PH' yang belum terbukti malah kucar kacir dgn 3 penjuru kuasa iaitu DAP PKR Bersatu. Jadi PH perlu mencari suatu agenda bagi memastikan sokongan melayu terus berpihak pada PH utk jangka masa yg lama bagi mengekalkan KUASA.

2- Segala perbincangan dan diskusi ICERD adalah 'TEKS'. Politik adalah Kuasa yang mampu mengubah konteks perlaksanaan.

Jangan lah kita gadaikan perjuangan orang2 melayu beribu tahun. Melayu pernah gemilang, pernah kalah. Tapi melayu lah yang mempertahankan ISLAM sampai ke hari ini.

Kali ini giliran kita. Mampukah kita pertahankan islam dan bangsa kita sama seperti melayu yang terdahulu ?? Atau kita sudi bangsa dan agama ini sampai disini sahaja ??

Adakah negara china dan india terbukti mempertahankan islam dan bangsa mereka yang memeluk islam? Berikan saya jaminan nyata, cina dan india negara kita tidak akan mendiskriminasi islam selepas hak samarata atas tiket ICERD !?


20juta bumiputera. 6.9juta cina. 2juta india. Peratusan golongan Cina menguasai ekonomi tinggi dan pertengahan lebih dari peratus melayu, peratus india lebih menguasai badan profesional berbanding peratusan melayu. Apakah adil untuk melayu gadai saki baki hak² melayu untuk di samaratakan ??

Saya tolak ICERD. Untuk agama, raja, bangsa dan negara.

RANCANGAN BN UNTUK BERGABUNG DENGAN PKR SELEPAS PRU15 NANTI SANGAT BAHAYA UNTUK UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo