NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR terima 1,386 kertas penamaan calon

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu, sebanyak 945 kertas penamaan bagi kerusi Parlimen, 434 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,386 kertas pencalonan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh sejam proses penamaan calon berlangsung bermula 9 pagi, hari ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu, sebanyak 945 kertas penamaan bagi kerusi Parlimen, 434 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya.
"Sebanyak enam kertas penamaan telah ditolak iaitu empat di kerusi Parlimen dan dua di Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Abdul Ghani calon paling ramai bertanding berusia antara 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 443, calon berusia lebih 60 tahun (352), calon berusia 40 hingga 49 tahun (350), calon berusia 30 hingga 39 (205) manakala calon berusia 21 hingga 29 seramai 36.
"Bilangan pertandingan mengikut penjuru yang paling banyak adalah empat penjuru membabitkan 82 kerusi Parlimen manakala kerusi DUN adalah tiga penjuru membabitkan 51 kerusi," katanya.
Abdul Ghani berkata SPR telah menubuhkan sebanyak 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen.
"Tempoh rasmi berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan Pegawai Pengurus sehingga 11.59 malam, 18 Nov 2022.
"Bahan kempen yang mengandungi perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak dibenarkan," katanya.
SPR juga berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana yang penuh harmoni serta mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
SPR menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo