NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPR sahkan KDM menang di Kota Marudu


KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menang di Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata kemenangan calon KDM, Datuk Wetrom Bahanda selepas meraih 24,318 undi dengan majoriti 8,174 undi itu diumumkan pada jam 6.40 pagi tadi.

Selain itu, katanya, sebanyak 76 daripada 220 kerusi dipertandingkan pada PRU15 dimenangi Pakatan Harapan (PH), diikuti Perikatan Nasional (PN) yang berjaya menawan 51 Parlimen.

Ia disusuli Barisan Nasional (BN) yang memenangi 30 kerusi, diikuti PAS dan Gabungan Parti Sarawak, masing-masing berjaya menawan 22 Parlimen pada PRU15.

Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula memenangi enam kerusi, diikuti DAP (lima); WARISAN (tiga); BEBAS (dua) serta MUDA, Parti Bangsa Malaysia dan KDM, masing-masing satu Parlimen.

Terdahulu, Abdul Ghani dilaporkan berkata, tiada parti berjaya memperoleh suatu majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU15, setakat jam 4.30 pagi tadi.

Beliau juga dilapor memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi kerusi Parlimen adalah 73.8 peratus, pada PRU15.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo