NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan buat laporan polis edaran risalah palsu


ARAU:
Perikatan Nasional (PN) telah mengesan kempen pengedaran risalah palsu yang memaparkan wajah calon PN kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Risalah tersebut mengajak orang ramai mengundi BN.

Justeru, wakil calon PN Arau, Mohd Faizal Mohd Arif, berkata laporan polis dibuat kerana melihat edaran risalah itu sebagai tindakan yang boleh mengelirukan pengundi di kawasan Parlimen berkenaan.

"Pada mulanya saya menerima satu pesanan WhatsApps dalam satu group Arau yang memaklumkan terdapat beberapa risalah yang telah tersebar luas di kawasan Parlimen Arau.

"Pada risalah itu tertera yang kononnya Shahidan akan bertanding bagi Parlimen Arau atas tiket BN dan tertera marilah bersama-sama kita mengundi BN," katanya ketika ditemui di hadapan Balai Polis Arau. di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Supt Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo