NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas dikecam isu UEC, Dong Zong ajak berdialog isu pendidikan


BANGI, 5 Jamadilawal 1444H, Rabu
– Selepas dikritik dan dikecam kerana mendesak kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong mahu berdialog dan berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk mendalami pelbagai isu pendidikan secara rasional dan pragmatik.

Dalam satu kenyataan, Dong Zong berkata, pengiktirafan UEC merupakan satu isu akademik dan pendidikan yang seharusnya dibincangkan secara rasional. 

Dakwanya, UEC merupakan satu pentaksiran akademik, sama dengan pentaksiran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), International Baccalaureate (IB), A-Level dan sebagainya. 

“UEC bukanlah satu petunjuk politik, oleh itu ahli-ahli politik tidak boleh menginterpretasikan UEC sewenang-wenangnya secara berlebihan untuk kepentingan peribadi. 

“Sudah tentu, kami sememangnya dengan rendah hati menerima sebarang kritikan dan tunjuk ajar berkenaan kurikulum SMPC dan akan berusaha untuk menambahbaiknya.

“Kerajaan haruslah juga memupuk dialog yang rasional, menyatupadukan hati rakyat dan tidak menghampakan mandat rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Dong Zong berkata, mesyuarat bersama ahli-ahli persatuan diadakan bagi mengumpul pandangan terhadap isu pendidikan dan merumuskannya menjadi beberapa resolusi. 

Mesyuarat itu telah meluluskan 11 resolusi yang berkait dengan kemakmuran negara, sistem pendidikan, hak dan kepentingan pendidikan pelbagai kumpulan etnik dan lapisan masyarakat.

Ini termasuk penubuhan Ombudsman Pendidikan serta penggubalan dasar pendidikan yang menyokong kepelbagaian budaya dan aliran sekolah, layanan yang adil kepada semua aliran sekolah dan sebagainya. 

“Resolusi-resolusi ini mencerminkan pendirian konsisten Dong Zong selama ini terhadap kepelbagaian dan kesaksamaan, jaminan hak pendidikan bahasa ibunda semua kumpulan etnik, serta penjagaan kepelbagaian budaya. 

“Kami tetap teguh percaya bahawa dengan memperbetulkan penyelewengan dalam dasar pendidikan, semua murid atau pelajar dapat menikmati peluang dan sumber pendidikan yang adil dan dengan ini dapat meningkatkan daya saing negara kita,” dakwanya.

Sebelum ini, Dong Zong dilaporkan menggesa kerajaan baharu mengiktiraf UEC dan memberi peruntukan kekal kepada sekolah aliran persendirian Cina.

Namun, gesaan itu mendapat bantahan pelbagai pihak kerana tidak selari dengan semangat perpaduan dan dasar pendidikan.

UEC didakwa’berkiblatkan’ sukatan pendidikan dari Taiwan dan China, yang bertentangan dengan sistem pendidikan di negara ini.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo