NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebaik kempen tamat, pemenang PRU15 masih jadi teka-teki


PETALING JAYA:
Kemelut politik susulan Langkah Sheraton pada 21 Feb 2020, dan beberapa peristiwa berlaku selepas kejadian itu pasti menjadikan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai salah satu pilihan raya paling menarik dalam sejarah negara.

Pakar dan pemerhati menyifatkan PRU15 sebagai “ibu kepada semua pilihan raya”, namun selepas 14 hari kempen tanpa henti, ternyata ia tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

Dalam erti kata lain, sukar untuk difahami mengapa hal itu berlaku.

Di satu pihak terdapat tiga gabungan parti politik penting iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang berhasrat membentuk kerajaan, selain “king maker” dari Malaysia Timur iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Di Semenanjung, pertarungan dalam meraih undi orang Melayu tidak pernah menjadi berantakan seperti sekarang.

Pada masa sama, terdapat pertambahan jumlah pengundi baharu dan pengundi muda seramai kira-kira 5.8 juta orang.

Semua ini berlaku susulan tempoh berpolitik yang tidak pernah berlaku sebelum ini, yang menyaksikan tiga perdana menteri bertukar, jatuhnya dua kerajaan, memorandum persefahaman antara Putrajaya dan PH, plot, konspirasi, akuan berkanun dan perjanjian yang bocor.

Malah wujud drama di merata-rata menjelang pilihan raya umum, dengan BN dan PH antara yang tidak mencalonkan semula tokoh dan nama besar.

BN hakikatnya menggugurkan beberapa menteri dengan sebahagian daripada mereka kemudian membuat keputusan untuk bertanding bawah panji PN atau sebagai calon bebas.

Semua yang berlaku itu menjadikan PRU15 sebagai satu pilihan raya yang akan diingati, namun ahli politik nampaknya mengabaikan pemegang taruh yang paling penting iaitu pengundi, yang akan membuang undi mereka hari ini.

Bagaimanapun kali ini, pilihan raya nampak seperti kurang tarikan, namun untuk mengatakan kempen yang berlangsung sebagai kurang memberangsangkan, mungkin satu kenyataan kurang tepat.

Antara yang nampak ketara adalah tidak semua parti politik mengadakan ceramah bahkan terlalu sedikit yang terlibat dalam berdebat.

Namun, persoalan paling besar masih perlu dijawab, dan dari sinilah keterujaan dalam pilihan raya akan muncul.

Ketika kemenangan pada pilihan raya negeri Melaka, Johor dan Sarawak jelas menunjukkan ia memihak kepada siapa, namun dalam kes ini ia berbeza dengan pilihan raya umum.

Daripada semua kajian dan tinjauan dijalankan, diterbitkan mahupun dibocorkan, jelas PRU15 kali ini sesiapa sahaja boleh menang.

Begitu juga dengan sokongan daripada pengundi baharu khususnya belia juga masih belum jelas siapa yang akan mereka pilih. Tapi perlu diingat dalam PRN Johor dan Melaka, BN memenangi undi orang muda.

“Wildcard” yang utama ialah peratusan keluar mengundi, dan jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi, pemerhati percaya ia akan memberikan kelebihan kepada PH.

Pada akhirnya, banyak yang mungkin berubah, tetapi banyak juga yang akan kekal sama. Negara juga mungkin berdepan situasi Parlimen tergantung.

Tetapi satu yang pasti, dengan kebimbangan berdepan tempoh ekonomi yang mencabar tahun depan, sesiapa sahaja yang menang PRU15 berdepan kesuntukan masa untuk membuat persiapan malah mungkin tidak sempat meraikan kemenangannya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo