NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tiada ‘bebanan’, calon Pejuang beritahu pengundi Shah Alam

Rafique Rashid Ali daripada Pejuang berkata pengalaman sebagai peguam mengajarnya menjadi pendengar yang baik dan suara rakyat, selain menyelesaikan masalah.


PETALING JAYA: Calon Pejuang, Rafique Rashid Ali berkata pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang undang-undang memberikannya kelebihan mengatasi saingannya yang bertanding di Shah Alam.

Rafique berkata, walaupun tiga pesaingnya terlibat dalam politik, beliau sendiri bebas daripada “bebanan” yang mengiringi latar belakang seperti itu.

Rafique menegaskan beliau komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya ketua politik.

“Saya menyertai politik untuk membantu orang sekeliling secara langsung, bukan bagi memasuki parti tertentu atau bersaing untuk jawatan,” katanya ketika ditanya apa mendorongnya bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini buat kali pertama.

“Pengalaman sebagai peguam telah mengajar saya menjadi pendengar yang baik dan suara rakyat, selain menyelesaikan masalah.

Rafique berkata, orang ramai perlu mengetepikan kebimbangan terhadap persepsi bahawa Pejuang adalah “gerakan Melayu besar-besaran” kerana peranannya dalam Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau menegaskan walaupun GTA diasaskan oleh empat parti Melayu utama, gabungan itu juga dianggotai golongan berkelayakan tinggi dan ahli NGO yang sehaluan.

“Apabila Pejuang merangka perlembagaannya, ia mengambil kira Perlembagaan Persekutuan termasuk mempromosi hak semua rakyat Malaysia, termasuk di Sarawak, Sabah dan orang asal,” kata Rafique.

Berdasarkan pergaulannya terutama dengan pengundi muda, beliau mendapati orang ramai semakin mempunyai sikap ingin tahu.

Perebutan kerusi Parlimen Shah Alam menyaksikan Rafique bersaing dengan Dr Afif Bahardin (Perikatan Nasional), Isham Jalil (Barisan Nasional) and Azli Yusof (Pakatan Harapan).


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo