Ronaldo sedia mengahwini Georgina namun bukan dalam masa terdekat. |
LONDON: Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sedia mengahwini teman wanitanya, Georgina Rodriguez tetapi mengakui bukan dalam masa terdekat.
Penyerang Manchester United berusia 37 tahun itu bertemu pasangannya yang juga model dari Argentina berusia 28 tahun di Sepanyol ketika beraksi bersama Real Madrid.
Kedua-duanya menjalinkan hubungan sebelum Ronaldo berpindah ke Juventus dengan harga £99 juta (RM535 juta) pada musim panas 2018.
Kapten Portugal itu percaya dia dan Georgina wajar berkahwin selepas gembira hidup bersama beberapa tahun tetapi menegaskan ia masih belum dalam perancangannya dalam masa terdekat.
"Saya tidak memikirkannya buat masa sekarang tetapi pada masa depan ya. Saya rasa ia wajar, begitu juga Georgina. Saya mahukannya," kata Ronaldo kepada Piers Morgan dalam temuramah TalkTV.
Anak Ronaldo bersama Georgina, Alana Martina lahir pada November 2017 dan dia sudah memiliki tiga anak ketika itu, Cristiano Junior, Mateo dan Eva Maria.
Pasangan itu mengumumkan mereka bakal mendapat cahaya mata kembar pada lewat 2021 tetapi bayi lelaki, Angel meninggal dunia ketika dilahirkan. - AGENSI
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment