NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasmi: Pang Hok Liong berjaya mempertahan kerusi Parlimen Labis


PETALING JAYA:
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Hok Liong berjaya mempertahan kerusi Parlimen Labis dengan kemenangan majoriti 2,833 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan beliau menewaskan dua lagi calon, iaitu Chua Tee Yong (Barisan Nasional) dan Alvin Chang Teck Kiam (Perikatan Nasional) yang masing-masing menerima 13,300 dan 5,312 undi.

Walau bagaimanapun, jumlah undi dan majoriti Hok Liang berkurang berbanding pencapaiannya dalam PRU14 lalu. Beliau mendapat 16,133 undi kali ini, berbanding 16,709 undi dalam PRU14.

Peratus keluar mengundi untuk kerusi tersebut ialah 69.70 peratus dengan  34,745 undi dikira berbanding 49,846 pengundi berdaftar. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo