NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasmi: Nik Muhammad pertahan kerusi Pasir Puteh majoriti 29,109 undi


PASIR PUTEH: Penyandang kerusi Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menang bergaya menewaskan tiga lagi calon lain dengan majoriti 23,828 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Nik Muhammad Zawawi memperoleh undian sebanyak 52,937 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zawawi Othman (23,828 undi),

Mohamad Husain (Pakatan Harapan) 3,864 undi dan Gerakan Tanah Air (GTA) Kapten (B) Wan Marzuki Wan Omar (349 undi).

Sementara itu undi rosak sebanyak  1,013.

Kemenangan itu diumumkan Pengurus Pilihan Raya Umum ke-15, Ahmad Adli Yasin pada pukul 10.37 malam.

Nik Muhammad Zawawi berkata, kemenangan itu adalah amanah rakyat yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab kepada semua rakyat di Pasir Puteh tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Katanya, undian pengundi amat dihargai khususnya pengundi muda yang berada di perantauan yang sanggup berkorban masa kembali ke kampung halaman semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Semua pengundi sama ada penyokong Pas, UMNO, Pejuang dan mereka yang mengundi Pakatan Harapan (PH) adalah rakyat saya. Saya akan terus membantu sebagaimana perkhidmatan yang disalurkan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo