NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Rahsia dilantik MB terbongkar apabila minta isteri sedia baju melayu hitam'



ARAU:
Isteri kepada Menteri Besar Perlis yang baharu, Mohd Shukri Ramli, Najwa Othman, hanya mengetahui suaminya dilantik sebagai ketua kerajaan negeri itu pagi tadi, selepas diminta menyediakan baju Melayu berwarna hitam, songkok dan samping.

Najwa, 53, yang merupakan suri rumah sepenuh masa, mengakui terkejut dengan berita itu kerana suaminya tidak pernah memberitahu keluarga, bahawa beliau dipilih sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

"Sebelum ini, ada beberapa jiran dan rakan memberitahu saya bahawa beliau (Mohd Shukri) akan dilantik sebagai Menteri Besar, tetapi saya ingin mendengar berita itu daripada mulut beliau sendiri," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu yang mesra dipanggil 'Cikgu Shukri', mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, hari ini.

Najwa berkata, beliau dan keluarga akan sentiasa memberi sokongan kepada Mohd Shukri agar dapat melaksanakan tugas kepada rakyat Perlis dengan baik.

"Insya-Allah saya dan anak akan sediakan makanan kegemaran beliau nanti bagi meraikan berita gembira ini. Suami saya tidak cerewet dari segi memilih makanan, cuma beliau gemar sup dan sajian berkuah," katanya. –BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo