NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis suraikan pergaduhan antara penyokong PN, PH di Sungai Petani


SUNGAI PETANI:
Polis Sungai Petani menyuraikan pergaduhan antara penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), di Dataran Zero, di sini, sehingga menghalang lalu lintas.

Klip video yang dilihat FMT, memaparkan kumpulan penyokong kedua-dua gabungan itu menyerang antara satu sama lain dengan bendera parti, menjurus kepada pergaduhan.

Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan dalam kenyataan, berkata tiga pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dikerah untuk menyuraikan pergaduhan, pada 2.50 pagi tadi dengan situasi kembali terkawal.

Kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh).




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo