NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat kes khianat kehilangan poster, sepanduk di Perak


KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan melibatkan kes kehilangan poster dan sepanduk parti politik di Sungai Siput, Perak, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Hazani Ghazali berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Beliau yang juga Pengarah Operasi PDRM Pilihan Raya Umum ke-15 berkata bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

“Selain itu, PDRM juga mengeluarkan 15 permit ceramah lapan permit di Negeri Sembilan, tiga di Terengganu, dua di Perlis dan masing-masing satu di Kelantan dan Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo