NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN sudah ada majoriti, tidak perlu PH

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee meninggalkan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan pertemuan susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 20 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR- Presiden Sabah Progresif Party, Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Katanya, pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak melibatkan Pakatan Harapan.

Teck Lee berkata demikian kepada media semasa meninggalkan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut dan mendedahkan parti-parti yang menyokong gabungan itu serta jumlah sebenar sokongan ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada PN.

“Dengan kedudukan masa kini, kita yakin secepat mungkin akan selesai (tubuh kerajaan Persekutuan), secepat mungkin.

“Perikatan Nasional di bawah Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sudah ada majoriti, memang banyak ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk Barisan Nasional (BN) nyatakan sokongan..Kita tunggu pengumuman secepat mungkin,” ujarnya.


Sumber I Malaysia Gazette




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo