NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN roboh kubu kuat BN di Tasek Gelugor


TASEK GELUGOR:
Parti Perikatan Nasional (PN) berjaya merobohkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Tasek Gelugor selepas calonnya, Datuk Wan Saiful Wan Jan menang dengan majoriti besar sebanyak 12,252 undi.

Sepanjang sejarah pilihan raya umum (PRU), kerusi Parlimen Tasek Gelugor tidak pernah dimenangi mana-mana parti selain BN atau lebih tepat menerusi calon UMNO.

Menerusi keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) P.042 Tasek Gelugor, Supardi Amaludin kira-kira pukul 12.15 malam ini, Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Bersatu berjaya mendapat sebanyak 31,116 undi.

Beliau menewaskan empat lagi calon iaitu daripada Barisan Nasional (BN), Muhamad Yusoff Mohd. Noor yang mendapat 18,864 undi; Nik Abdul Razak Nik Md. Ridzuan (PH) sebanyak 16,547 undi; Mohamad Akmal Azhar (Warisan) sebanyak 179 undi dan Abdul Halim Sher Jung (GTA-Pejuang) sebanyak 406 undi.

Dalam pada itu, Wan Saiful mengakui tidak menyangka dapat mencapai kemenangan dengan majoriti selesa memandangkan pada PRU14, kerusi itu menyaksikan persaingan sengit dengan majoriti hanya 81 undi.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada pengundi Tasek Gelugor yang memberi kepercayaan kepada PN yang mana ia disifatkan isyarat jelas rakyat mahukan perubahan dalam pentadbiran negara.

“Kejayaan ini juga tidak akan berlaku tanpa adanya gelombang sokongan daripada anak-anak muda yang mahukan sebuah kerajaan Pusat yang bersih dan stabil yang akan dibawa oleh kerajaan PN khususnya di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi calon BN (UMNO), Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti 81 undi selepas mendapat 18,547 undi menewaskan dua pencabarnya, Datuk Marzuki Yahya daripada PH (Bersatu) yang mendapat 18,466 undi dan calon Pas, Rizal Hafiz Ruslan (14,891 undi).

Bagaimanapun, Shabudin bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada Disember 2018 sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi itu kali ini dan memberi laluan kepada Wan Saiful. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo