NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Pahang yakin dapat kepercayaan rakyat terajui negeri


KUANTAN:
Dato’ Seri Saifuddin Abdullah amat yakin rakyat negeri ini akan memberikan kepercayaan kepada PERIKATAN NASIONAL Pahang untuk menerajui pentadbiran negeri pada 19 November ini.

Beliau selaku Pengerusi PERIKATAN NASIONAL negeri berkata, ini berdasarkan kepada kempen yang telah berlalu selama hampir seminggu

Katanya, respons positif rakyat dan kekuatan tawaran PERIKATAN NASIONAL iaitu Prihatin, Bersih, Stabil boleh memberi jaminan bahawa PN dapat menawan negeri ini.

“Kita yakin bahawa Kerajaan PERIKATAN NASIONAL Negeri Pahang adalah bersifat inklusif dan dalam masa yang masa menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan sekali gus menepati keperluan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama di negeri Pahang,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PERIKATAN NASIONAL P.082 Indera Mahkota di sini, hari ini. Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Jabar dan Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Ranndy Yap Kim Heng.

Tambahnya, respons yang sangat positif daripada rakyat dan kekuatan tawaran PN sama ada di peringkat kebangsaan, mahupun negeri boleh memberi jaminan bahawa PN dapat membentuk kerajaan baru di Pahang.

“Keyakinan kita terhadap sokongan ini adalah berasaskan sambutan dari para pengundi di mana kita berkempen dalam masa hampir dua minggu ini baik dari segi kerusi DUN mahupun bagi kerusi Parlimen di Pahang.

“Gelombang sokongan kepada PN semakin hari semakin meningkat, dan saya percaya hari ini dan esok, apabila pengundi muda pulang dari perantauan dan kami hendak ucapkan selamat pulang ke Pahang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” ujarnya.

Begitu juga, ujar beliau pengundi muda dan golongan Undi 18.

“Saya cukup yakin yang mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada sebuah kerajaan baharu yang bakal dibentuk oleh PN di Pahang,” tambahnya.

Pada PRU kali ini, beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota berdepan dengan tiga lagi calon iaitu Dr Mohamad Nor Sundari (Pejuang), Zuraidi Ismail (PH) dan Datuk Quek Tai Seong (BN).

Sementara itu, Ustaz Rosli berkata, PAS juga melihat gelombang sokongan terhadap PERIKATAN NASIONAL begitu tinggi sehingga kini dan dijangka terus melonjak sehingga 19 November ini.

Katanya, dengan sokongan dan gelombang terhadap PERIKATAN NASIONAL itu, PAS yakin dapat menang sekurang-kurangnya 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita sudah menang sehingga lapan kerusi DUN sebelum ini, namun begitu ada beberapa kerusi yang majoriti kecil. Senario politik PRU14 sama dengan senario politik di PRU15, iaitu kita bertanding tiga penjuru,” katanya.

Pada ketika itu, ujar beliau PAS menggunakan kekuatan sendiri sahaja, tetapi pada kali ini PAS tidak keseorangan, ditambah Bersatu dan Gerakan dalam PERIKATAN NASIONAL.

“Jadi kita yakin sokongan daripada Bersatu, Gerakan, dan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu berjasa kepada rakyat, dan melonjakkan undi kita sekali gus ambil alih DUN yang kita kalah tipis.

“Contohnya di Pulau Tawar, Semambu, Cheka dan beberapa kerusi yang ada. lebih kurang 11 kerusi yang kalah bawah pada 1,000. Jadi dengan pengundi tegar PAS, campur dengan pengundi dari rakan Bersatu dan Gerakan, Insya Allah menjadi kenyataan,” katanya yang mempertahankan kerusi DUN Tanjung Lumpur. – HARAKAHDAILY 17/11/2022




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo