NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN nafi Pas, Bersatu rebut jawatan MB Perak

PN Perak menafikan dakwaan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Perak di antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). (Gambar kecil: Zainol Fadzi)

IPOH - Perikatan Nasional (PN) Perakmenafikan dakwaan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Perak di antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, tidak pernah timbul soal perebutan jawatan menteri besar di antara Pas Perak dan Bersatu Perak.

Menurutnya, sebarang keputusan sentiasa dibuat secara musyawarah di antara kesemua komponen PN.

"Saya sendiri tidak pernah gilakan jawatan menteri besar malah kami sendiri patuh kepada kepimpinan pusat dalam apa jua yang telah diputuskan.

 "Malah pertemuan dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari pun tuanku menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan banyak kerusi kepada saya dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

"Tuanku turut menasihati kami agar menjadi wakil rakyat yang menunjukkan sikap yang baik tanpa menimbulkan kekecohan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak turut menafikan dakwaan parti itu akan keluar daripada gabungan PN sekiranya menteri besar dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

Jelasnya, dakwaan yang sedang tular ketika ini disifatkan berniat jahat dan cubaan menjatuhkan kredibiliti Bersatu.

"Saya perlu beri penjelasan bahawa tidak ada seorang pun ADUN Bersatu pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa iaitu jika menteri besar daripada Pas maka kami akan keluar dari PN, ini satu fitnah besar.

"Dalam perjumpaan di istana telah memaklumkan kepada tuanku kami hanya mempunyai 26 wakil rakyat sahaja dan kami reda, namun janganlah aibkan kami seperti ini," katanya.

Pada Selasa, satu tangkap layar perbualan dalam kumpulan Whatsapp tular mendakwa terdapat perebutan jawatan menteri besar di antara Pas dan Bersatu.

Razman dan Zainol Fadzi pada Isnin dititah menghadap Sultan Nazrin menyembah maklum bahawa PN tidak mempunyai majoriti mudah yang boleh menubuhkan kerajaan.


Sumber I Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo