NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN mampu tawan Perlis, kata Muhyiddin


Sebelum ini Presiden PAS berkata PN mampu tawan Perlis. Kenyataan PAs adalah berdasar sistem Cula PAS yang telah lama diamalkan dalam analisis PAS. Kini data daripada BERSATU juga menunjukkan indikator yang sama PN mampu tawan Perlis. - Editor


.....
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin gabungan politik itu mampu menawan Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 berdasarkan gelombang sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi di negeri tersebut.

Berdasarkan gelombang itu juga, beliau yakin PN mampu menawan tiga kerusi Parlimen di Perlis.

"Di Perlis ada satu gelombang... rakyat Perlis dilihat telah bersedia untuk memberi sokongan kepada PN dan menolak Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan.

"Gelombang ini bukan hanya berlaku di Perlis sebaliknya kita juga percaya mampu menawan Putrajaya," katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah PN BEST di Kuala Perlis malam tadi.

Muhyiddin juga berkata gelombang sokongan pengundi terhadap PN akan bertambah kuat menjelang hari pengundian pada 19 Nov ini.

- Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo