NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'PN akan bermesyuarat putuskan bentuk kerjasama di Pahang'

PN Pahang bakal mengadakan mesyuarat hari ini bagi memutuskan bentuk kerjasama untuk kerajaan negeri yang baru.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosli bagaimanapun setakat ini dia belum dapat menyatakan bila mesyuarat itu diadakan.

“Setakat ini belum ada lagi tapi insya-Allah yang terbaik untuk PN Pahang dan ummah,” katanya ringkas

Keputusan PRU15 awal pagi tadi juga menyaksikan buat julung kali dalam sejarah, kerajaan negeri ‘tergantung’ selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah - iaitu 21 kerusi - bagi membentuk kerajaan negeri.

PN menang 17 kerusi, diikuti dengan BN 16 kerusi dan PH lapan kerusi.

PN menang di DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Beserah, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing.

BN pula mempertahankan kerusi Inderapura, Benta, Jenderak, Padang Tengku, Batu Talam, Kemayan, Jelai, Guai, Kerdau, Dong, Muadzam Shah, Peramu Jaya, Chini, Pelangai dan Bebar selain merampas kerusi DUN Sabai yang sebelum ini disandang PH.

PH menerusi DAP menang di DUN Tanah Rata, Tras, Triang, Mentakab, Bilut dan Ketari manakala PKR meraih Semambu dan Teruntum.

Wan Rosdy Wan Ismail

Sementara itu, Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat negeri itu yang mengundi BN semalam, serta jentera dan pihak yang membantu kempen gabungan itu sepanjang dua minggu tempoh berkempen.

“Segala jasa dan keringat amat saya hargai, doa yang terbaik untuk negeri Pahang agar terus kekal makmur,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial rasmi miliknya, hari ini.

Wan Rosdy yang juga bekas menteri besar mempertahankan DUN Jelai buat penggal kelima selepas menang dengan majoriti 6,983 undi, menewaskan calon PN Dr Abdul Rasid Mohamed (3,109 undi) manakala calon PH Ismail Mohd Hussin hilang deposit.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo