NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Piala Dunia Qatar: Ronaldo idam jumpa Messi dalam final impian Portugal-Argentina

Kedua-dua pemain itu mengumpulkan 12 Anugerah Ballon d'Or, di mana Messi (kiri) merupakan pemenang terbanyak dengan tujuh gelaran dan mengatasi Ronaldo dengan dua gelaran. - Stadium Astro

CRISTIANO RONALDO mengimpikan untuk bertemu Lionel Messi dalam Final Piala Dunia Qatar, di mana dua legenda bola sepak dunia itu sudah menghampiri penghujung karier masing-masing.
Pada usia 37 tahun, Ronaldo berharap dapat membantu Portugal melepasi saingan Kumpulan H, di mana mereka akan memulakan saingan dengan menentang Ghana pada awal pagi Jumaat ini sebelum bertemu Uruguay dan Korea Selatan.
Messi, 35, akan mengetuai cabaran pasukan pilihan, Argentina, dalam saingan Kumpulan C bermula dengan aksi menentang Arab Saudi pada Selasa ini sebelum menghadapi Mexico dan Poland.
Selepas beberapa tahun bersaing hebat dengan bekas bintang Barcelona, Messi, Ronaldo -- yang juga merupakan bekas penyerang Real Madrid -- mengakui bahawa dia mengidamkan untuk bertemu seteru lamanya itu dalam final Piala Dunia Qatar pada 18 Disember ini.
"Ia satu impian yang amat-amat bagus, amat-amat bagus" kata Ronaldo kepada Piers Morgan dalam Talk TV.
Kedua-dua pemain itu mengumpulkan 12 Anugerah Ballon d'Or, di mana Messi merupakan pemenang terbanyak dengan tujuh gelaran dan mengatasi Ronaldo dengan dua gelaran dan ia jelas menunjukkan dominasi dua pemain bintang itu yang kian dimamah usia.
Messi kini mewakili Paris Saint-Germain (PSG) manakala masa depan Ronaldo di Manchester United pula kelihatan akan berakhir tidak lama lagi berikutan konfliknya bersama kelab itu. -- Stadium Astro



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo