NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH dah mula nak u-turn... Nanti macam-macam alasan... tak percaya simpan artikel ini


PETALING JAYA:
Pemimpin DAP Ramkarpal Singh menggesa Anwar Ibrahim tidak membuat usul percaya terhadap kepimpinannya ketika persidangan Dewan Rakyat 19 Dis ini kerana ia “tidak diperlukan lagi”.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, lebih baik perdana menteri memberi tumpuan kepada bajet 2023 yang akan dibentangkan kemudian.

“Adalah jelas sekarang bahawa beliau (Anwar) mempunyai majoriti besar, melebihi 140 kerusi,” katanya.

Awal minggu ini, Anwar dalam sidang media pertamanya sebagai perdana menteri berkata, beliau akan “menguji” majoritinya di Parlimen melalui undi percaya.

Selain itu, beliau turut berkata kerajaannya akan membentangkan belanjawan yang disemak semula “dalam sebulan lagi atau lebih”.

Ramkarpal, yang juga seorang peguam berkata kenyataan Anwar bahawa beliau akan menguji sokongannya di Dewan Rakyat dibuat sebelum bekas perdana menteri yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengakui bahawa PH “mempunyai angka yang mencukupi”.

“Dengan pengakuan dan pengesahan Muhyiddin bahawa PN akan memberikan semak dan imbang kepada kerajaan dengan menjadi pembangkang, keperluan undi percaya tidak lagi timbul,” katanya.







........
Komen: Nanti Anwar kata Agong tak bagi buat undi percaya kepada PM




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo