NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengerusi PH Sabah tewas di Tawau


KOTA KINABALU:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew tewas kepada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Lo Su Fui di kerusi Parlimen Tawau yang menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Su Fui menang dengan majoriti 3,800 undi setelah memperoleh 19,865 undi manakala, Christina memperoleh 16,065 undi.

Empat calon lain, KC Chen Ket Chuin mewakili Parti Warisan (Warisan) memperoleh 11,263 undi, Mohd. Salleh Bacho (Bebas) memperoleh 1,776 undi, Herman Amdas dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) 1,067 undi dan Chin Chee Syn (Bebas) memperoleh 651 undi. –UTUSAN

 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo