NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk Pulau Perhentian tidak rela Teluk Keke dimajukan


JERTIH, 8 Nov (Bernama) -- Penduduk Pulau Perhentian membantah cadangan membangunkan tanah di Teluk Keke di Pulau Perhentian Besar dengan sebarang projek termasuk pembinaan resort atau hotel mewah.

Penduduk pulau itu, Mohd Jidin Mohd Aris, 70, mendakwa tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah seluas 42 hektar di situ kepada sebuah syarikat perhotelan bertaraf antarabangsa untuk membina sebuah resort bernilai RM500 juta amat mengguris hati penduduk.

“Saya tidak merelakan Teluk Keke dibangunkan, biarlah ia kosong seperti hari ini kerana di situlah tempat penduduk beriadah bersama keluarga dan dikunjungi pelancong kerana pantainya landai dan memiliki kawasan lapang agak luas.

“Selama ini Teluk Keke juga menjadi tempat pendaratan helikopter milik agensi penyelamat,  jika berlaku sebarang kecemasan membabitkan penduduk dan pelancong,” katanya ketika ditemui di Pulau Perhentian semalam.

Mohd Jidin berkata penduduk juga bimbang apabila kawasan tersebut dibangunkan, ia akan menyebabkan mereka hanya mampu menjadi pemerhati sahaja apabila tidak lagi dibenarkan beriadah di situ secara bebas.

“Saya juga khuatir jika pembangunan terlalu pesat di sini, masa depan ekosistem Pulau Perhentian akan terjejas teruk,” katanya.

Sementara itu menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Perhentian, Zainudin Mohd, 53, kerajaan negeri tidak sepatutnya menyerahkan tanah milik kerajaan negeri itu kepada pihak luar untuk dibangunkan.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut, Datuk Nawi Mohamad yang turut berkunjung ke Pulau Perhentian, meminta supaya kerajaan negeri mendengar keluhan penduduk di pulau berkenaan.

“Kalau mahu bina juga resort mewah di situ janganlah serah kepada syarikat asing, nanti kawasan di situ menjadi larangan (untuk semua penduduk)," katanya.

-- BERNAMA



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo