NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Pemimpin kanan BN’ beritahu kami patut sokong PN, dedah MCA



PETALING JAYA:
MCA menjelaskan sokongannya kepada Perikatan Nasional (PN) selepas PRU15 kerana “dimaklumkan oleh pemimpin kanan tertentu BN” bahawa mereka harus menyertai gabungan itu untuk membentuk kerajaan baharu.

“Ini adalah situasi serupa dengan Gabungan Parti Sarawak (di mana) pelbagai laporan berita mendedahkan bahawa GPS pada mulanya juga menyokong PN selepas mereka diberitahu bahawa BN bersetuju menyokong PN,” kata Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon dalam kenyataan.

“Seterusnya, dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN kali pertama selepas pilihan raya memutuskan bahawa keutamaan BN ialah kekal berkecuali dan sebagai pembangkang.”

Beliau berkata, Presiden MCA Wee Ka Siong mencadangkan sebarang akuan berkanun (SD) secara individu oleh Ahli Parlimen BN harus “dibatalkan serta-merta”, dengan BN kemudian mengarahkan semua Ahli Parlimennya berbuat demikian.

PRU15 pada pada 19 Nov lalu menyaksikan tiada parti dapat meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan sebelum Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri bagi mengetuai kerajaan perpaduan membabitkan BN, GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kerajaan pimpinan Anwar turut disokong oleh Ahli Parlimen daripada Warisan, Muda, Parti Bangsa Malaysia dan bebas.






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo