PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 meninggal dunia dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan sekolah di Simpang Empat, Alor Setar, Kedah.
Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.30 pagi tadi.
Katanya, ketua Balai Polis Simpang Empat yang menerima maklumat berhubung kejadian itu melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati bangunan sekolah itu mempunyai empat tingkat, dengan bahagian bawah ialah perpustakaan, tingkat dua dan empat kosong, manakala tingkat tiga ialah kelas bagi pelajar Tingkatan 6.
Katanya, menurut saksi, seluruh bangunan itu kosong ketika kejadian kerana semua pelajar sedang menghadiri perhimpunan sebelum memasuki kelas.
“Namun, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mayat pelajar itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut setakat ini.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment