NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai bank dipenjara 10 tahun perdagangkan isteri untuk aktiviti seks

SEREMBAN – Seorang pegawai bank dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdagangkan isterinya bagi tujuan eksploitasi seks, Oktober lalu.

Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas tertuduh seorang lelaki berusia 35 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang wanita berusia 35 tahun iaitu isterinya yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 30 Oktober lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah telah menangkap tertuduh yang disyaki menjadi ejen serta ‘transporter’ dalam menguruskan aktiviti pemerdagangan manusia dengan tujuan mengeksploitasi seks ke atas mangsa.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh merupakan suami yang sah kepada mangsa telah memperdagangkan mangsa bagi tujuan eksploitasi seks sejak Julai 2022 bagi tujuan menyelesaikan hutang yang ditanggung.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan telah insaf dan sedang menjalani hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan atas kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan iaitu hidup atas wang hasil daripada persundalan isterinya. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo