NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS rela jadi pembangkang daripada bentuk kerajaan dengan BN, kata Hadi

Abdul Hadi Awang berucap dalam program santai petang bersama penduduk Tangga Batu di Taman Desa Cheng Perdana.

TANGGA BATU: PAS lebih rela jadi pembangkang jika tidak berjaya membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang masih dipimpin mereka terpalit kes rasuah.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata partinya sudah biasa menjadi pembangkang dan ia bukan perkara asing.

“PAS jadi pembangkang puluhan tahun tak jadi masalah. Kita tak mahu kerajaan tak bersih…kita berprinsip, bukan parti yang hanyut.

“Kita (PN) mahu menang sendiri dengan majoriti 2/3 atau majoriti mudah, jadi tak perlu kepada kerjasama orang lain dan bila orang nak datang kepada kita selepas itu kita alu-alukan kalau mereka nak buat perubahan bersama melalui kerajaan PN yang menawarkan kerajaan bersih dan stabil,” katanya pada sidang media selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu di Taman Desa Cheng Perdana.

Ditanya sama ada PAS sedia bentuk kerjasama dengan BN jika mereka yang menang pilihan raya terdiri kalangan yang “bersih”, Hadi berkata perkara itu akan diteliti selepas PRU15.

Diminta mengulas kenyataan Takiyuddin Hassan bahawa PN sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan, Hadi berkata kenyataan setiausaha agung PAS itu merujuk kepada keputusan PAS sebelum Parlimen dibubarkan.

Hadi berkata, isu itu tidak lagi berbangkit selepas Parlimen dibubarkan kerana BN tidak berjaya menggantikan pemimpin yang tidak bersih dan fokus PAS bergerak bersama PN untuk menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Katanya, PAS bersama PN menumpukan usaha menubuhkan kerajaan secara bersendirian termasuk membentuk kerjasama dengan parti di Sarawak dan yakin ia akan dicapai.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo