NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Abduh muat naik gambar bumi



KOTA BHARU -
Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduk Aziz mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar bumi berwarna biru di akaun Facebook miliknya sembilan jam yang lalu pada Isnin.

Hantaran tersebut mendapat perkongsian sebanyak 139 dan lebih 1,300 komen telah ditinggalkan berkait dengan status berkenaan.

Pada masa yang sama anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut membuat satu hantaran yang menggambarkan perasaannya ketika ini pada dua jam lalu.

"Hati ibarat cermin. Jika ia bersih, kita melihat hakikat. Jika ia berkarat atau berdebu, kita hanya meneka. Kerana hati yang kotor, manusia hanya meneka dunia, bukan melihat hakikatnya. Begitulah kesesatan berlaku," katanya.

Sebelum ini, khabar angin tersebar mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas itu tidak tersenarai sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo