NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO pro PAS membuat aduan SPRM, isu fitnah Rafizi, Tuan Ibrahim dirujuk SPRM


PETALING JAYA:
Polis merujuk laporan berhubung isu fitnah membabitkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap Menteri Alam Sekitar dan Air sementara, Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. 


Difahamkan, laporan polis itu dibuat Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 Nov lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu.

“…ia dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa projek tebatan banjir sudah diluluskan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Okt 2022.

Katanya, surat bertajuk “Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor” itu dihantar Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Zaini Ujang.

Beliau menegaskan akan melaporkan skandal itu kepada polis dan SPRM, jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum ke-15.

Susulan itu, Tuan Ibrahim menuntut Rafizi memohon maaf kerana didakwa memfitnahnya dan mencadangkan jumlah ganti rugi yang munasabah kepadanya.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo