NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar & Rafizi main angka - PH boleh lepasi 100 kerusi tidak lama lagi (kita biasa dah dengar... caya? kena kencing lagilah...)


Dengan berbekal hanya empat hari sebelum pengundian, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengunjurkan bahawa Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai 90 kerusi dalam tangan dan sedang cuba untuk mendapatkan 100 kerusi.

Ketika berceramah di Balik Pulau, Pulau Pinang semalam, Rafizi, yang adalah pemilik syarikat penyelidikan pasaran Invoke, berkata BN sebaliknya hanya memperoleh 40 kerusi.

“Semua kerusi-kerusi kita di negeri-negeri yang kubu kuat kita, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan kubu kuat terbaru kita iaitu Negeri Sembilan, kita akan menang besar di kesemua keempat-empat negeri ini.

“Negeri tumpuan kita yang baru iaitu Perak, juga kita nampak ada peningkatan yang mendadak terutamanya dari pengundi-pengundi Melayu,” katanya.

Rafizi melahirkan keyakinan bahawa PH akan mengambil Perak sambil mengekalkan kebanyakan kerusinya di Melaka dan Johor.

Pada 5 Nov lalu, Invoke mengunjurkan bahawa PH berkemungkinan memenangi sekitar 80 kerusi.

Berucap di hadapan 500 hadirin, walaupun ketika hujan, Rafizi menggesa penyokong Umno supaya membiarkan parti mereka kalah agar parti itu benar-benar melakukan pembaharuan.

“Kalau ada kawan saya daripada Umno dekat sini, saya nak beritahu, perkara yang paling baik boleh berlaku kepada Umno, ialah kalah pilihan raya.

“Hanya apabila Umno kalah pilihan raya, mereka ada peluang untuk buang (Ahmad) Zahid (Hamidi) dan juga geng-geng ini keluar.

“Kalah dulu, buang dulu yang bersama-sama dengan Najib (Razak) yang banyak sakau duit, yang main perkauman.

“Bbagi satu dua penggal, kalau Umno betul-betul insaf, insya-Allah rakyat akan bagi peluang balik kepada Umno.” katanya.

‘Rakyat bersama PH semula’

Rafizi berkata PH telah menerima pengajaran pahit daripada kekalahannya semasa pilihan raya Melaka dan Johor, baru-baru ini. Menurutnya, gabungan itu telah mendengar suara rakyat dan membuat perubahan.

“Sekarang saya boleh sebut, rakyat telah kembali bersama-sama Pakatan Harapan, dan insya-Allah, kita akan ke Putrajaya.

Rafizi berkata strategi utama Umno adalah menyerang menyerang pemerintahan 22 bulan PH yang lalu. Bagaimanapun, Rafizi berkata pengundi mampu membandingkan pentadbiran PH dengan dua kerajaan berikutnya.

Lebih-lebih lagi, kata Rafizi, rakyat juga kini sedar bahawa kepincangan PH sebelum ini juga adalah angkara daripada sabotaj Bersatu.

“Jadi rakyat boleh bandingkan, bahawa sebenarnya 22 bulan itu, dia bukan sebenarnya (kerajaan) PH.

“Sebab kita tengok kerajaan negeri, yang betul-betul PH jaga, tanpa penglibatan Bersatu, ok je (semua berjalan lancar),” katanya.

Rafizi berada di Balik Pulau bagi berkempen membantu penyandang kerusi itu, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Bakhtiar dicabar oleh Shah Headan Ayoob Syah dari BN, Harris Idaham Rashid dari Perikatan Nasional, Fazli Mohammad dari Pejuang, dan calon Bebasa, Sabaruddin Ahmad.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo