NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib tiba-tiba dirawat di HKL? Ada apa-apa ke?

 


Menjelang pengumuman barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), sebuah portal media melaporkan Datuk Seri Najib Razak kini pula dirawat di hospital secara tiba-tiba.

Menurut laporan portal MalaysiaNow, bekas Perdana Menteri yang kini bergelar banduan difahamkan kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibawa dari Penjara Kajang hampir seminggu lalu.

Menurut laporan itu lagi, berlaku seminggu selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di mana ia diakhiri dengan pemeteraian perjanjian antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.

Difahamkan, Najib yang mula menjalani hukuman penjara lebih tiga bulan lalu selepas gagal dalam  rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd, dibawa keluar oleh pihak penjara hari ini.

Jabatan Penjara serta HKL masih belum memberi sebarang maklum balas kepada MalaysiaNow ketika dihubungi.

Sejak dipenjarakan, Najib melakukan perjalanan keluar masuk penjara untuk mendapatkan rawatan di HKL dan Hospital Rehabilitasi Cheras.

Beliau kembali ke penjara pada 23 September selepas doktor memutuskan keadaan kesihatannya baik.

Ketika ini, proses pembentukan kerajaan sedang berjalan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan UMNO-Barisan Nasional dijangka mengumumkan barisan kabinetnya tidak lagi.


 


 


........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo