NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib nafi ‘dibebaskan segera’ jika BN menang PRU15

Peguam, Shafee Abdullah, berkata anak guamnya yang juga bekas perdana menteri, Najib Razak, menzahirkan rasa amat kecewa namanya digunakan bagi propaganda politik.

PETALING JAYA: Najib Razak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan akan “dibebaskan segera” menerusi pengampunan diraja sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Peguam Najib, Shafee Abdullah, berkata bekas perdana menteri itu menzahirkan rasa yang amat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.

“Anak guam kami ingin menafikan sekerasnya dakwaan-dakwaan ini,” kata Shafee dalam kenyataan.

“Anak guam kami secara konsisten sejak permulaan perbicaraannya pada 2018, mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana bukan sahaja beliau mahu mendapatkan kebebasan, tetapi membuktikan integriti dan legasinya.”

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber I FMT Malaysia 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo